Sports Car Pictures

Tuesday, January 26, 2010

Autoshow Kuantan 2009..





Bulan lepas saya ade pergi ke satu program autoshow di kuantan. Banyak ketegori yang dipertandingkan antaranya ketegori utama iaitu kereta dan motosikal. kereta pula dibahagikan kepada beberapa ketegori seperti standard, open standard, extreme standard dan audio sistem.
Banyak kereta yang menyertainya, penilaian dibuat oleh YDP Majlis Perbandaran Kuantan. Melihat kepada kereta-kereta yang dipertandingkan membuat kita berfikir betapa mereka sanggup berhabis duit beribu-ribu ringgit hanya untuk sebuah kereta. Namun inilah kepuasan yang mereka cari.
Bagi mereka yang tidak berminat dengan objek yg bernama "kereta" akan menganggap perkara ini hanya membazir wang dan masa. Bagi yang hardcore dalam modifikasi ini menganggap yang mahal itulah yang dicari.
Ini ade beberapa keping gambar sewaktu autoshow ini dijalankan.

Proton Masuk Genava..

Pada 9 Januari lepas, Sabtu, Proton telah mengadakan hari keluarga 2010 di kilangnya di Shah Alam. Tun Dr. Mahathir pun hadir juga. Apa yang menariknya adalah pengumuman Datuk Syed Zainal tentang penyertaan pertama Proton dalam Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2010 pada Mac akan datang.
“Kita telah lama wujud dan penglibatan dalam pameran ini menunjukkan jenama Proton semakin berkembang,” kata beliau.
Kalau dipandang dari sudut total sebenarnya tidak pelik pun Proton ke Geneva sebab anak syarikatnya, Lotus memang menyertai pameran tersebut, pada tahun lepas Lotus mempamerkan enjin Omnivore dan Lotus Evora. Di dalam pameran kereta Asean pun kedua anak-beranak tersebut dipamerkan atas satu platform. Cuma satu halnya ialah takkan Proton nak pamerkan model sediaada seperti Persona, Exora dan lain-lain. Saya syak Proton akan mempamerkan produknya yang terbaru takpun kereta konsep untuk model akan datang.
Selain dari itu, DSZ juga mengumumkan tempahan Exora sehingga kini adalah 38 ribu unit dengan 24 ribu unit sudah berada di atas jalan. 2 300 unit berada di negara Asean.

New image and more outlets from Nasim..


Nasim Sdn Bhd, part of the Naza Group and the distributor of Peugeot in Malaysia, will undertake a rebranding exercise which will involve all its branches and dealers. This follows the French carmaker’s recent unveiling of a new global brand identity along with an updated logo. “The re-branding exercise will take place at our four new branches first before being carried out at the existing 10 branches and eight dealerships,” the company said, adding that the entire exercise was expected to be completed by year-end.

Four new branches? Yes, Nasim plans to expand its branch network to four new locations – Ampang, Puchong, Ipoh and Melaka – over the coming months. Four new models are slated for 2010, as announced earlier.

Petronas Syntium Team Juara Kelas A5..




Selepas kejayaan dalam Super Taikyu Endurance Series musim 2009, Petronas Syntium Team berjaya meraih kejayaan sulung tahun 2010 apabila menjadi juara kelas A5 dan kedua keseluruhan dalam perlumbaan lasak Dunlop 24 Hours of Dubai. Perlumbaan yang berlangsung selama 24 jam yang memasuki edisi kelima tersebut disertai oleh pelbagai pasukan dari serata dunia dengan jentera hebat seperti Aston Martin, Ferrari, Porchse, BMW, VW, Renault, Lotus, Honda dan Mitsubishi.


Petronas Syntium Team mempunyai 2 buah BMW Z4 M Coupe dalam perlumbaan tersebut. Kereta nombor 40 dipandu oleh Nobuteru Taniguchi, Masataka Yanigada, Johannes Stuck, Hiroki Yoshida dan pelumba negara, Farique Hairuman. Mereka mendapat tempat pertama kelas A5 iaitu untuk enjin bersesaran 3000 – 3499 cc. Sebanyak 605 pusingan dihabiskan dengan masa 24 jam 2 minit 30 saat ketinggalan 3 pusingan dibelakang juara keseluruhan dari


Perancis, IMSA Performance Matmut 1 dengan kereta Porsche 997 GT3 RSR.


Kereta kedua PST pula ialah bernombor 41 yang dipandu Tatsuya Kataoka, Manabu Orido, Kosuke Matsuura, Hiroki Yoshida dan seorang lagi pelumba negara, Johan Adzmi. Kerosakan yang dialami pada setengah jam terakhir membantutkan pemburuan podium 1-2 dalam perlumbaan sulung yang disertai PST. Walaubagaimanapun kegagalan kereta pasukan lain dalam kelas menjadikan kereta nombor 41 mendapat tempat ketiga dalam kelas di belakang Al Faisal Racing 1 dari Arab Saudi dengan kereta BMW Z4 M Coupe.


Perlumbaan lasak ini dipenuhi dengan pelbagai drama apabila sebuah Porsche terbakar kemudian Seat Leon berlanggar dengan Ferrari dan Ferrari tersebut juga terbakar dan pemandunya patah tulang bahu. Beberapa kereta lain turut mengalami kerosakan teknikal yang membantutkan pemburuan mereka dalam perlumbaan berprestij ini.


Tahniah kepada Petronas Syntium Team dan pemandu negara, Farique dan Johan!

Sunday, January 24, 2010

Robot Kancil Untuk UMP..






Perodua akhirnya menghentikan pengeluaran kancil Julai 2009 yang lalu dan menggantikannya dengan model baru iaitu Viva BX. Kesemua 13 robotnya telah didermakan kepada UMP setelah digunakan lebih 12 tahun oleh Perodua untuk pembuatan model Kancil sebanyak 590,000 unit. Robot ini digunakan sebagai "automated welder".

Perodua juga telah memberi tunjuk ajar kepada juruteknik-juruteknik UMP tentang cara penggunaan dan penyelenggaraan robot ini. Robot ini akan digunakan oleh Fakulti Pembuatan UMP dan dianggarkan 200 pelajar akan mendapat keuntungan daripadapenggunaan robot ini setahun.

Wednesday, December 30, 2009

ermm..tak berape ade idea la..

Selain untuk subjek DCM2013,
blog ni dibuat untuk berkongsi pengetahuan tentang dunia permotoran di malaysia,
pengetahuan ni pun sebenarnya banyak didapati dari blog2 lain, majalah dan rancangan tv.